Total Pageviews

Sunday, August 14, 2011

Majlis Berbuka Puasa Di Dewan PERDANA FELDA

Hari Sabtu lepas, Cik Ra dan Kapten menghadiri 1 Majlis Berbuka Puasa di Dewan Perdana Felda. Best jugak lah...so dapatla berkenalan dengan isteri2 kawan Kapten.....Juadah yang disediakan jugak boleh tahan sedapnya...ni Cik Ra sempat ambik beberapa pic untuk tatapan semua.....Jom tgk....
 Bersama HEZI isteri kepada Shukri
 Kapten yang sibuk nak amik gambar

 Tadaaa.......
 Cik Ra with Kapten

 Hezi with Shukri


Saturday, August 13, 2011

Hari Ke-13 Ramadhan

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke-13 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga hari ini dan hari mendatang CIk Ra akan terus tabah dalam mengharungi segala ujian dan cabaran hidup. Persiapan raya masih belum buat. Tapi...dalam minggu depan agaknya Cik Ra dan Kapten akan mula membeli keperluan untuk menyambut hari raya...Biskut raya?? Tahun ni Biskut Tunjuk jer....maybe dalam 1 atau 2 jenis yang Cik Ra akan buat...
Owh...hari ni Cik Ra akan berbuka puasa di FELDA bersama dengan rakan-rakan Kapten...'Kapten' ni merujuk kepada husband Cik Ra....apa-apa pun, selamat berbuka untuk semua blogger yer.....da....












Friday, August 12, 2011

Terkenang saat-saat ini....

 Hantar ni Cik Ra gubah sendiri sewaktu majlis perkahwinan Cik Ra dengan suami tercinta......18 Oktober 2009 adalah tarikh bersejarah dan amat bermakna buat kami...Alhamdulillah...sekarang ni dah hampir 2 tahun usia perkahwinan kami....Jom tgk lagi.......
 
 
 
 
 
 Haha...inilah sebahagian dari gubahan yang Cik Ra ilhamkan....ada banyak lagi yg dah gubah untuk cousin..tp takde s/copy la....takper...next time Cik Ra update lagi k....Lagipun Cik Ra masih baru dalam dunia Blog ni...bak kata pepatah " Saya Budak baru Belajar Kalau Salah Tolong Tunjukkan..." Haha...Kalau nak tahu Cik Ra juga suka memasak....kadang-kadang suka mereka cipta masakan dengan resepi sendiri...nanti ada masa Cik Ra update koleksi masakan pula......okey..jumpa lagi.....

Salam Ramadhan

Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)